Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 detik setiap pagi akan panjangumurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesehatan.

“Seseorang itu bisa panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan bisa menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesehatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,”

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangi kegelisahan. Jelasnya, selain mempunyai efek positif dari segi saintifik dan kesehatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Serikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangi kadar kolesterol dan meningkatkan

kesehatan isteri. “Oleh karena itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan dianjurkan peluk isterinya lebih sering,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta seminar itu. Jelas beliau, hubungan seks yang didasari penuh rasa kasih saying juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berpenampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

“GOD hears more than u say, GOD answers more than u ask & GOD gives more